Thursday, June 23, 2011

Penyantun

Sempena kempen WARM yang dianjurkan oleh PCI, saya akan menulis tentang satu tajuk, iaitu Penyantun. Actually, Effa dah cakap kat depan pasal tajuk ni. Anyway, Penyantun..diambil dari ayat sopan santun.

Apa itu sopan santun? Mengikut kefahaman saya, sopan santun itu membawa maksud, lemah lembut, merendah diri, saling menghormati. Itu bagi saya la, definisi sebenar, boleh refer kamus dewan ye. hee

Penyantun ini bukan sesama manusia sahaja, malah juga antara Allah SWT dan hambaNya. Secara ringkas, sesama manusia..berlemah lembut dan menghormati sesama kita, contohnya perselisihan faham antara dua orang itu boleh diselesaikan dengan cara yang berhemah, itu kan lebih baik daripada diiringi dengan kemarahan; menghormati keputusan rakan2 kita; menghormati rahsia2nya.

Bukan itu sahaja, penyantun terhadap makhluk dan ciptaan Allah yang lain, seperti binatang, dan tumbuh2an. Seperti haiwan peliharaan, jangan kita abaikan mereka, membiarkan mereka kelaparan, dan sebagainya..

Bagaimana pula Allah SWT dan hambaNya? Tidakkah salah satu Al-Asma ulHusna iaitu Nama-nama Allah SWT, adalah Al-Halim (Maha Penyantun). Al Halim membawa maksud sifat penyantun yang sempurna terhadap hambaNya termasuklah juga orang2 kafir dan fasiq, serta ahli maksiat.

Disini membawa maksud, dia menahan hukuman kepada orang2 berbuat maksiat atau zalim dengan memberi mereka tempoh untuk bertaubat, dan sekiranya mereka masih lagi belum menyedarinya, hukaman itu akan dijatuhkan. Dan mereka pasti tidak akan terlepas dari hukumanNya kali ini.

saya harap, ulasan yang sedikit ini boleh difahami, saya tiada idea nak isi apa lagi. Semoga semua mendpat sesuatu dari entri yg sedikit ni. =))


~nanaain

0 comments: